Darurat Pakistan 2007
Darurat Pakistan 2007

Darurat Pakistan 2007

Darurat Pakistan 2007 diisytiharkan oleh Presiden merangkap Ketua Turus Tentera Pakistan, Pervez Musharraf pada 3 November 2007. Beliau telah menggantung Perlembagaan Negara Pakistan, melucutkan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi, serta memberhentikan penyiaran media televisyen swasta di seluruh Pakistan. Menteri Penerangan, Tariq Azim Khan telah mengumumkan bahawa pilihan raya umum parlimen yang sepatutnya diadakan pada Januari 2008 akan ditangguhkan. Tetapi kemudian Pervez Musharraf mengumumkan pilihan raya Pakistan akan tetap diadakan pada 8 Januari 2008. Perintah darurat juga akan ditarik balik pada 6 Januari 2008.